26 May 2014

CARA,PROSES TEMPAHAN & SYARAT TERMA

**C.I.Y = create it yourself / rekaan anda **

1. Minimum 7 hantaran;

2. Tempahan perlu dibuat selewat - lewatnya 2 minggu sebelum majlis tapi jika ada kes tertentu masih boleh dipertimbangkan;

3. Contoh gambar / gubahan yang diingini perlu disediakan bersama;jika tiada boleh berbincang masa perjumpaan;

4. Pembayaran secara tunai @ COD (cash on delivery) dan bayaran deposit tempahan adalah 50% dari jumlah keseluruhan harga gubahan sebagai pengesahan tempahan semasa perjumpaan pertama;

5. Baki bayaran perlu dibuat sebelum / semasa penghantaran;

6. Jika tempahan dibatalkan deposit tidak akan dipulangkan;

7. Harga yang ditawarkan dibuka bermula dari RM25 - RM60 / sedulang siap digubah termasuk upah dan mengikut pilihan jenis gubahan seperti dulang, bilangan jenis bunga, tambahan hiasan reben / renda dan lain-lain.


8. Upah harga boleh berubah mengikut jenis rekaan yang telah dipersetujui bersama; 

9. Lokasi yang terpilih : PUNCAK ALAM, RAWANG, KUALA SELANGOR, SHAH ALAM dan yang berdekatan. 


10. Hantaran boleh disiapkan dalam tempoh 3 - 7 hari sahaja jika tiada sebarang kesulitan;

11. Jika anda mempunyai sebarang deko hantaran yang diingini, boleh berkongsi idea bersama dan ditawar harga istimewa untuk setiap barangan.

12. Jika bekas hantaran dan bunga disediakan, harga juga boleh dirunding.

13. Barangan hantaran akan menjadi milik anda dan terjamin selamat.



Sumber Inspirasi : Google's search

No comments:

Post a Comment