Kalau ikut adat Melayu, gubahan hantaran ni merupakan adat resam dan tradisi yang amat penting !! Sememangnye sesuatu majlis perkahwinan tidak dpt dipisahkan dgn gubahan hantaran ibarat 'irama & lagu' . Ia amat penting untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan seumpama memberi hadiah kepada pasangan dan juga sebagai tanda ikatan kasih sayang.
Ada syarat ke?
jumlah dulang hantaran untuk majlis perkahwinan lebih banyak dari jumlah hantaran semasa majlis pertunangan. selalunya jumlah dulang yang dibawa dalam angka ganjil. tetapi tak salah kalau dulang hantaran yang dibawa berangka genap sebab kekadang pertambahan yg x diduga dr keluarga atau rakan. Cuma sekadar adat untuk orang Melayu.
Konsep?
kini sentiasa berubah mengikut peredaran masa seperti konsep Inggeris, Moden, Tradisional dan sebagainya. Bab warna pula,warna-warna mewah seperti warna emas dan perak juga selalu menjadi pilihan pengantin yang bercitarasa tinggi & eksklusif. Pilihan warna yang bersesuaian perlu dalam memastikan gubahan sepadan dengan tema sesuatu majlis perkahwinan.Jenis & brg yg selalu dihantar?
Bergantung pd individu. Ada yg nak mewah @ sederhana. Yg penting ikut kemampuan. Barang-barang pula seperti barang kemas, alat solek, wangian, jam tangan, beg tangan, pakaian, buah-buahan dan kek selalu menjadi pilihan.Ada juga pasangan yang lebih berkemampuan memilih barang-barang yang lebih mewah untuk dijadikan sebagai hantaran seperti telefon bimbit, kunci kereta dan sebagainya. Tapi jgn x percaya skang ni dah banyak bagi brg kegemaran pasangan masing2. Ni yg terkini & kalau kita tgk skang hantaran sekarang kuran kepada makanan. Betul ke? Pendapatan sis je ni. Tapi semua itu terpulang kepada individu. Citarasa masing2.
Bajet utk memberi hantaran semakin meningkat. Ramai orang x mampu utk bayar terlalu byk duit untuk gubahan hantaran juga pada masa kini.
ReplyDelete